SHAH ALAM: Penyanyi, Ayai Ilusi terselamat dari meninggalkan pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila tiada penyingkiran dibuat pada konsert minggu ketiga malam tadi.
Ayai yang mempersembahkan lagu Donde dipopularkan Ande Bernade hanya mampu berpuas hati dengan markah juri sebanyak 51.75 peratus sekaligus menjadi peserta di kedudukan tercorot pada konsert minggu ini.
Konsert malam tadi turut menyaksikan penyanyi, Jaclyn Victor merampas kedudukan pertama dengan pungutan markah sebanyak 76 peratus.
Jaclyn yang membawakan lagu Bole chudiyan turut membawa pulang wang tunai RM2,000.
Kedudukan kedua dimiliki Liza Hanim dengan pungutan markah sebanyak 74.75 peratus sementara ditempat ketiga mejadi milik Naqiu (74.50 peratus).
Konsert ASGV minggu hadapan bakal menyaksikan kesemua peserta yang mara berduet bersama artis pilihan masing-masing.
Antara barisan penyanyi yang akan menggamatkan pentas minggu keempat Ahad depan adalah Datuk M. Nasir, Ziana Zain, Liza Aziz, Misha Omar, Mamat Exist, Stacy, Marsha Milan, Vince Chong, Amir Masdi dan ramai lagi.
Keputusan penuh:
Jaclyn Victor (76.00)
Liza Hanim (74.75)
Naqiu (74.50)
Noryn Aziz (66.00)
Aliff Aziz (66.00)
Nikki Palikat (65.75)
Hady Mirza (65.00)
Siti Nordiana (62.75)
Tomok (61.00)
Ezad Lazim (58.00)
Azharina (58.00)
Datuk Aishah (57.25)
Zamani (53.75)
Ayai Illusi (51.75)