Awie sambut baik pengecualian duti hiburan tetapi minta kerajaan pantau hidden charge - Utusan Malaysia

Awie sambut baik pengecualian duti hiburan tetapi minta kerajaan pantau hidden charge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, 54, menyifatkan langkah kerajaan mengenakan pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan artis tempatan di Wilayah Persekutuan sebagai pembaharuan dan petanda sihat untuk industri hiburan tempatan.

Kata pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu, tindakan itu menggalakkan pertumbuhan industri persembahan pentas sekaligus menjana pendapatan lebih untuk penggiat seni secara keseluruhannya. 

“Secara positifnya, pengusaha dan promoter konsert akan menerima lebih banyak peluang untuk menganjurkan konsert dengan ketiadaan cukai atau duti hiburan yang membebankan.

“Ini adalah satu perkembangan yang sihat, yang juga akan menggalakkan lebih ramai artis tempatan membuat persembahan di masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Perdana Menteri, Anwar dalam pembentangan belanjawan Jumaat lepas memaklumkan pengurangan duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.

Pengurangan tersebut merangkumi pengecualian penuh duti hiburan bagi persembahan artis tempatan, 5 peratus bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

Kerajaan juga bersetuju untuk mengurangkan duti hiburan kepada 10 peratus bagi persembahan artis antarabangsa termasuk acara hiburan, sukan dan permainan serta tayangan filem.

Dalam masa yang sama, Anwar antara lain mengumumkan peruntukan RM160 juta yang boleh dimanfaatkan penggiat seni.

Peruntukan itu merangkumi RM60 juta di bawah Dana Kandungan Digital (DKD), RM90 juta bagi inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) dan RM10 juta untuk Skim Dana Padanan MyCreative.

Awie bagaimanapun menyuarakan kekhuatiran terhadap cubaan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan kos-kos tertentu apabila duti hiburan dilupuskan nanti.

“Kita takut ada hidden charge seperti kenaikkan mendadak sewa dewan dan lain-lain yang mana akan membebankan penggiat seni kelak. Itu satu kemungkinan yang kita tak mahu berlaku.

“Itu satu perkara yang saya harapkan kerajaan dapat pantau dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya