ATM nafi hantar tentera ke Palestin

ATM nafi hantar tentera ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan menghantar anggotanya ke Palestin sepertimana yang ditularkan dalam aplikasi media sosial.

ATM dalam satu kenyataan memaklumkan, video yang tular dalam aplikasi TikTok dan berdurasi satu minit 36 saat itu adalah video lama.

“ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia adalah video lama mengenai anggota ATM yang ditugaskan ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi kumpulan Malaysia Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022.

“Justeru, ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Terdahulu, sebuah video yang menunjukkan anggota MALBATT 850-10 bersama keluarga mereka sebelum berlepas ke Lubnan untuk misi tersebut sengaja ditularkan dengan dakwaan bahawa ia merupakan pasukan yang akan membantu Palestin.

ATM berkata, masyarakat tidak sepatutnya membuat sebarang andaian atau menularkan perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana boleh mengundang pelbagai spekulasi serta mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana indvidiu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya