AS sokong Israel kerana Yahudi penentu Presiden -Tun Mahathir 

AS sokong Israel kerana Yahudi penentu Presiden -Tun Mahathir 

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Israel bukan kuasa besar, namun, tetap tidak mempedulikan undang-undang atau moral antarabangsa. 

Beliau berkata, keberanian negara itu kerana Israel mempunyai sistem sokongan di belakangnya iaitu kerajaan Amerika Syarikat (AS). 

Katanya, alasan AS menyokong Israel kerana orang Yahudi di AS mempunyai suara besar dalam pemilihan Presiden dan kerajaannya. 

“Mereka menguasai media dan bank.

“Semasa kita mengutuk Israel atas kekejaman terhadap rakyat Palestin, kita (Malaysia) juga harus mengutuk kerajaan AS kerana menyokong kekejaman itu. 

“AS nampaknya bersedia untuk menyokong pencerobohan Israel ke atas Gaza dan pembunuhan beramai-ramai yang dirancangnya. Kerajaan AS dan United Kingdom (UK) juga sama-sama bersalah. 

“Terus-terang, kerajaan AS yang meluluskan jenayah dan tindakan tidak bermoral Israel, malah Joe Biden (Presiden AS) tidak pernah menyebut tentang rakyat Palestin yang dibunuh,” katanya dalam hantaran di laman X hari ini. 

Mahathir sebelum itu membangkitkan persoalan, ada sesuatu yang pelik mengenai perang antara Israel ke atas Gaza, Palestin.

Katanya, terdapat laporan bahawa 2,000 rakyat Palestin terbunuh, manakala 1,400 orang Israel terbunuh selama lebih dari dua minggu perang itu berlaku. 

“Laporan itu mengatakan bahawa kini lebih daripada lima ribu rakyat Palestin telah dibunuh. Tetapi jumlah orang Israel yang terbunuh kekal 1,400 orang.

“Mungkinkah selepas membunuh 1,400 orang Israel pada hari pertama, Hamas telah berhenti menembak roket ke arah Israel? 

“Atau adakah angka 1,400 itu telah ‘direka’ oleh Israel untuk membenarkan percubaan pembunuhan beramai-ramai berterusan terhadap Hamas dan semua rakyat Palestin?” soalnya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebooknya hari ini menggesa supaya negara-negara Barat berhenti bersikap munafik dengan bercakap tentang demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan. 

Katanya, hal itu sedangkan negara-negara Barat sendiri ‘membisu’ apabila zionis Israel menzalimi rakyat Palestin. 

Anwar hari ini juga dilaporkan mendedahkan, Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah berhubung kelantangan Malaysia berhubung isu Palestin.

Katanya, Malaysia tidak sekali-kali patah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak agar sekatan dibuat terhadap negara ini.

9 Oktober lalu, Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menggesa supaya media tempatan tidak terikut-ikut membawa naratif pelaporan berat sebelah media barat dan media luar dalam melaporkan perkembangan krisis di Semenanjung Gaza, Palestin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya