Artis jangan batal konsert, ini peluang baik bantu Palestin - Utusan Malaysia

Artis jangan batal konsert, ini peluang baik bantu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Ratu Rock, Ella, 57, berpendapat konsert ialah peluang baik bagi selebriti untuk menggunakan pengaruh mereka mengajak peminat cakna mengenai kekejaman di Palestin.

Walaupun beberapa penganjur membatalkan konsert untuk menghormati perang yang berlaku di Palestin, namun Ella melihat siri jelajah Konsert Jilid Akhir sebagai sebuah ‘kempen’ kemanusiaan apalagi ia dihadiri 14,000 pengunjung.

“Saya berpendapat kita teruskan konsert kerana dari situ kita dapat peluang untuk sama-sama membantu mereka.

“Bagi seorang penyanyi seperti saya, peluang apa lagi yang saya boleh lakukan selain mengadakan konsert yang dihadiri 14,000 orang?

“Semasa konsert, kita sebarkan kesedaran dan bantuan kewangan,” katanya.

Ella ditemui Utusan Malaysia di majlis tanggungjawab sosial korporat kerjasama Rockqueen dan Skyhill Clinic di Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas baru baru ini.

Ella menegaskan, semasa Konsert Jilid Akhir: Puteri Kota Edisi Utara di Spice Arena pada Sabtu, dia sengaja mengadakan segmen khas buat rakyat Palestin dan mengajak orang ramai menyumbang kepada tabung Cinta Gaza Malaysia.

“Saya bawakan dua buah lagu yang didedikasikan kepada rakyat Palestin dalam segmen itu. Ia sesuatu yang segar dan baru di samping diharap boleh memberi manfaat kepada semua penonton.

“Pada malam itu, kita berjaya kumpulkan bantuan lebih daripada RM30,000 yang didermakan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia,” tambahnya.

Selepas siri jelajah Konsert Jilid Akhir diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang konsert Ella dijadualkan diteruskan di Sabah pada Januari tahun hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya