Aroma kopi 'menyegar' di Putrajaya

Aroma kopi ‘menyegar’ di Putrajaya

ORANG ramai hadir memeriahkan Coffee Repullic Putrajaya sempena Festival Budaya Putrajaya 2023 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi penggemar minuman kopi, anda wajib mengunjungi ke Putrajaya dengan lebih 80 jenama kopi dan pencuci mulut ‘berkampung’ di sini memeriahkan program Putrajaya Coffee Republic 2023.

Dianjurkan julung kali bersempena Festival Budaya Putrajaya berakhir hari ini sejak 28 September lalu dengan membawakan pelbagai hidangan kopi dan makanan pemanis dari serata negara dengan citarasa tersendiri.

Pengunjung juga turut berpeluang merasai pelbagai jualan Makanan Warisan yang turut disajikan semasa Festival ini yang dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Di samping menikmati aroma kopi berkonsepkan Chill santai, ia amat bersesuaian untuk seisi keluarga dengan beberapa ‘Port OOTD’ iaitu lokasi menarik untuk bergambar disediakan.

PEMILIK SR Coffee, Muhamad Hisham Borhan dan isterinya, Yusnadira Sahira Yusli bersama produk minuman SR Coffee di Coffee Republic Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Menurut PPj, selain daripada kopi dengan pelbagai jenis citarasa di Coffee Republic , turut disediakan Dessert Boutique port yang mengumpulkan pelbagai jenis desserts yang viral, sedap serta kuih-muih tradisional.

Ia ditampilkan di bawah program Hub Desserts iaitu mengumpulkan pengusaha kecil dan sederhana desserts di bawah satu bumbung.

PENGUSAHA Taste Of Borneo, Halimah Oteng bersama menu hidangan tradisional warisan Sarawak iaitu kuih celorot gula apong.

Pelbagai acara menarik turut disediakan bagi menghidupkan suasana dan kemeriahan di Coffee Republic antaranya Pertandingan Makan Burger 40 saat by GTR Burger, pertandingan makan ayam drumstick 10 saat by MUIZ Chicken, pertandingan Teka Biji Kopi.

Selain itu, sebanyak 1,000 aiskrim dan 100 burger diedarkan percuma dan turut dihiburkan dengan pemuzik jalanan (buskers) tanpa henti dan kehadiran maskot serta badut yang menarik kanak-kanak.

CHENDRA Anak Bahak dari kaum Bidayuh bersama menu hidangan tradisional Sarawak Libut atau Ambuyat.

Festival Budaya Putrajaya yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bermatlamat mendekatkan masyarakat umum dan antarabangsa dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia.

Ia sekali gus mempromosi pelbagai produk pelancongan yang terdapat di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya