PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, semalam.
Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan, mereka menyemak hubungan dua hala yang istimewa termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.
“Selain itu, beberapa isu yang menjadi kepentingan bersama telah dibincangkan.
“Semasa panggilan itu, hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan peluang untuk membangunkannya telah dikaji semula,” katanya menurut laporan berkenaan.
Arab Saudi ialah rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Timur dengan jumlah perdagangan bernilai lebih AS$10 bilion pada 2022.
Pegawai Malaysia telah menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi. – UTUSAN