Anwar terima kunjungan Gabenor Public Investment Fund

Anwar terima kunjungan Gabenor Public Investment Fund Arab Saudi 

anwar ibrahim
ANWAR Ibrahim menerima kunjungan Gabenor Public Investment Fund Arab Saudi Nasir ALRumayyan dan delegasi. - FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama antara Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi dalam bidang pelaburan merupakan antara agenda disentuh dalam lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menerima kunjungan Gabenor PIF Arab Saudi, Nasir ALRumayyan dan delegasi bagi membincang serta meneroka serta meningkatkan peluang kerjasama dalam bidang pelaburan ke tahap baharu.

“Kerjasama antara PIF dan Petronas, Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut disentuh bagi meneroka peluang pelaburan.

“Pembangunan dan pengkomersialan sektor pensijilan halal dan tenaga hijau turut disentuh secara terperinci,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri tiba di Riyadh sejak Khamis lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan Aramco yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H. Nasser dan Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Al Qasabi serta delegasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya