Anwar solat Jumaat di Masjid Mahmoodiah Putrajaya

Anwar solat Jumaat di Masjid Mahmoodiah Putrajaya

ANWAR Ibrahim menyantuni jemaah selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini tengah hari tadi.

Solat yang diimamkan Imam Masjid Mahmoodiah, Ustaz Abu Bakar Mohamad Noor itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Solidariti Pertahankan Palestin’ yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar.

Isi khutbah antara lain menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia memberikan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin termasuk menginfakkan wang sebagai tanda simpati di atas kesusahan dihadapi rakyat negara itu ketika ini.

Terdahulu, Anwar tiba di masjid kira-kira pukul 12.50 tengah hari sebelum bergerak ke medan selera di sebelah masjid untuk menjamu selera.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar bersama kenamaan lain.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian bergerak ke bahagian luar masjid untuk menyempurnakan Majlis Pengumuman Program Kerjasama Akademik Sijil Maqasid Syariah antara Masjid Mahmoodiah dan Kolej Dar Al-Hikmah (KDH).

Sejurus selepas menurunkan tandangan pada plak program kerjasama akademik itu, Anwar kemudian bergerak ke ruang utama solat untuk menunaikan solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, Perdana Menteri bersama jemaah turut menunaikan solat hajat dan qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin.

Sejurus selepas itu, Anwar turut berkesempatan melancarkan Tabung Palestin Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berlangsung di ruang solat utama masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya