KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan usaha mengurangkan subsidi tahun depan, kali pertama dalam berdekad kerajaan pemerintah menangani perbelanjaan yang menjadi punca kepada ‘ketempangan’ kewangan negara selain ketirisan berbilion ringgit. Keputusan Putrajaya itu bertujuan menyeimbangkan perbelanjaan negara selepas pengagihan pelbagai subsidi mencecah lebih RM80 bilion tahun ini berbanding unjuran awal RM63 bilion. Pemberian subsidi dan bantuan yang dilaksanakan sejak enam dekad lalu menyebabkan defisit kewangan kerajaan terus melebar manakala pendapatan tidak berkembang sepantas dijangka bagi menampung perbelanjaan. Kesan subsidi diburukkan lagi apabila hutang dan liabiliti negara melepasi paras RM1.5 trilion, sekali gus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya