Anwar menuju ke Parlimen untuk bentang Belanjawan 2024

Anwar menuju ke Parlimen untuk bentang Belanjawan 2024

ANWAR Ibrahim sebelum ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2024 di Bangunan Perbendaharaan di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari bangunan Perbendaharaan, di sini ke Parlimen pukul 3.13 petang tadi untuk pembentangan Belanjawan 2024.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kelihatan membimbit beg fail warna hitam bermotif corak ‘Arabesque’ hasil buatan pengusaha batik Kelantan yang didalamnya berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024.

Ahli Parlimen Tambun itu segak berpakaian baju Melayu lengkap warna ungu, bersampin dan bercapal selain turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut mengiringi beliau adalah dua dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Pembentangan belanjawan kali ini bertemakan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ dan ia pembentangan belanjawan kedua oleh Anwar selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk pada 2 Disember 2022.

Sebelum memulakan perjalanan, majlis didahulu dengan bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail.

Penganalisis meramalkan, pembentangan Belanjawan 2024 itu dijangka memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau.

Belanjawan 2024 juga dijangka terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi Madani dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (16 Oktober) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya