Anwar, Erdogan bincang konflik Palestin-Israel 

Anwar, Erdogan bincang konflik Palestin-Israel 

ANWAR Ibrahim ketika Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turkiye, 15 Februari 2023. - IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berbincang berhubung perkembangan semasa konflik antara Palestin dan Israel yang semakin memuncak ketika ini.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman X (twitter) malam tadi selepas menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya dalam satu hantaran ringkas.

Sebelum ini, Anwar menegaskan, Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu turut menyelar masyarakat antarabangsa yang secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya