Anwar bincang krisis Palestin-Israel bersama pemimpin Turkiye, Mesir

Anwar bincang krisis Palestin-Israel bersama pemimpin Turkiye, Mesir

ANWAR Ibrahim ketika tiba di Istanbul, Turkiye. - GAMBAR IHSAN PERJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan perbincangan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung usaha bersama kedua-dua negara bagi menyumbang ke arah penyelesaian krisis Palestin-Israel yang semakin meruncing.

Perbincangan itu dilaksanakan semasa lawatan kerja Anwar ke Turkiye selama dua hari bermula hari ini dan diikuti lawatan ke Mesir hingga 23 Oktober ini.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dalam lawatan sulung beliau ke Mesir pula, Perdana Menteri turut bakal membincangkan perkara berkaitan konflik Palestin-Israel ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

“Ini terutamanya dalam usaha menghentikan segera pertempuran dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui pintu sempadan Rafah-Gaza,” katanya malam tadi.

Wisma Putra memaklumkan, Perdana Menteri juga akan mengadakan kunjungan ke atas Imam Besar Al-Azhar, Prof. Dr. Sheikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb.

Katanya, kedua-dua lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin.

Ia khususnya bagi meringankan penderitaan dan kesengsaraan dialami rakyat Palestin akibat krisis di Semenanjung Gaza yang masih berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya