Anwar bincang isu Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

Anwar bincang isu Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sheikh Dr. Mohammad Abdul Karim Al-Issa di pejabat Liga Muslim Sedunia di Riyadh, Arab Saudi. - FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu konflik Palestin merupakan agenda perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, Sheikh Dr. Mohammad Abdul Karim Al-Issa.

Anwar berkata, perbincangan beliau bersama pemimpin itu membabitkan penindasan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil oleh pemimpin negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia.

“Kami turut berbincang berkaitan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan ke pejabat pertubuhan Islam yang berpengaruh iaitu atau dikenali Rabitah Alam Islami di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Kunjungan itu juga disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan delegasi Malaysia yang disambut dalam suasana persahabatan yang erat oleh Mohammad.

Mohammad merupakan pemimpin amat disegani pelbagai pihak termasuk komuniti Barat kerana pengalaman luasnya sebagai bekas Menteri Keadilan Arab Saudi dan Presiden Organisasi Halal Antarabangsa manakala Liga Muslim Sedunia adalah pertubuhan Islam yang berpengaruh, berpangkalan di Mekah.

Perdana Menteri tiba di Riyadh sejak Khamis lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Kelmarin, Anwar dalam ucapan dalam sidang kemuncak ASEAN-GCC memaklumkan Malaysia berpendirian rakyat Palestin harus dikembalikan semula tanah, ru­­­mah dan harta mereka selain di­benarkan hidup aman serta bermaruah di negara sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya