Anjur kempen derma darah kali ke-4, sasar 700 penderma tahun ini - Utusan Malaysia

Anjur kempen derma darah kali ke-4, sasar 700 penderma tahun ini

CHOW Kon Yeow (kanan) beramah-mesra dengan penduduk setempat yang mengambil bahagian dalam program derma darah anjuran MPKK Bukit Tengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tengah, di sini menganjurkan kempen derma darah buat kali keempat seterusnya mensasarkan sebanyak 700 orang penderma darah bagi keseluruhan kempen untuk tahun ini.

Pengerusinya, Tan Gee Huat berkata, kira-kira 500 penderma darah dari seluruh Pulau Pinang menyertai kempen tersebut dalam tiga buah program derma darah yang diadakan tahun ini dan dijangka terus meningkat berdasarkan sambutan yang diterima pada setiap program yang begitu memberangsangkan.

TAN GEE HUAT

“Untuk program kali ini yang juga merupakan program terakhir bagi tahun ini, kami mensasarkan 200 penderma atau lebih untuk melaksanakan tanggungjawab komuniti dalam menyumbang darah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kulim, Kedah.

“Malah, kami juga sudah merangka perancangan untuk melaksanakan kempen derma darah tahun depan dan diharap bilangan penderma akan terus meningkat dalam usaha membantu KKM untuk merawat pesakit kanser, talesemia, bayi pramatang serta lain-lain keperluan dalam pembedahan yang kompleks mahupun kritikal,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung dan Ahli Majlis Bukit Tengah Anuar Yusoff turut hadir memberi sokongan kepada para penderma darah di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kesedaran orang ramai terhadap kempen derma darah disifatkan semakin positif memandangkan sudah dilaksanakan oleh pertubuhan tempatan sejak 30 tahun lalu.

Jelasnya, penglibatan MPKK dalam kempen seumpama itu juga mampu mengukuhkan lagi rangkaian pendermaan darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) secara keseluruhannya.

“Diharapkan semakin banyak pertubuhan tempatan dapat mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama pihak hospital dan klinik supaya kita dapat membekalkan darah kepada PDN khususnya dalam masa tertentu seperti musim perayaan dan sebagainya yang ada kalanya tabung darah itu sendiri tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, seorang penderma darah yang ingin dikenali sebagai Chan, 48, berkata, program derma darah anjuran MPKK Bukit Tengah itu adalah yang keempat disertainya tahun ini dan dia merupakan penderma darah ‘tegar’ sejak menuntut di universiti.

“Saya mula menderma darah ketika di universiti kerana berasakan ia adalah sebahagian tanggungjawab komuniti dalam membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan,” katanya yang merupakan pekerja di sebuah syarikat elektronik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya