Angkasa bantu masjid tingkat ekonomi melalui koperasi

Angkasa bantu masjid tingkat ekonomi melalui koperasi

ABDUL Fattah Abdullah (kiri) ketika merasmikan Bengkel Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid 2023 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) sedia membantu bagi menubuhkan lebih banyak koperasi masjid di seluruh negara dalam usaha menambah baik aktiviti ekonomi masyarakat Islam termasuk pembukaan kedai runcit.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu boleh dilakukan sekiranya pegawai masjid berminat dalam bidang ekonomi bagi menyelesaikan setiap masalah dihadapi penduduk setempat.

Katanya, daripada 6,816 masjid di seluruh negara hanya 604 buah masjid sahaja yang mempunyai pergerakan koperasi ketika ini.

“Seharusnya, institusi masjid diperluaskan peranannya serta dijadikan ruang untuk membangunkan ekonomi ummah setempat dan masyarakat Islam.

“Berniaga juga adalah pekerjaan mulia dan Angkasa sedang berusaha untuk tambah baik perniagaan yang dijalankan oleh koperasi kariah masjid,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid 2023 di sini.

Seramai 30 orang pegawai koperasi masjid di seluruh negara menyertai bengkel itu.

Menurutnya, melalui perancangan rapi serta strategi yang betul, usaha memajukan koperasi masjid boleh menjadi kenyataan.

“Bagi melancarkan lagi aktiviti koperasi di masjid, sebuah konsortium koperasi kariah masjid yang pertama di Malaysia telah didaftarkan atas nama Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS).

“Sehingga ini, 58 koperasi kariah masjid telah menjadi ahli dengan modal saham minimum sebanyak RM1,000 dan kini bergiat aktif melaksanakan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan keperluan anggota kariah masjid berkenaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya