DALAM sejarah Pilihan Raya Kecil (PRK) negara ini, ada dua calon Bebas yang pernah menang iaitu Tan Sri Shahrir Samad di Parlimen Johor Bahru pada 1988 dan Datuk Yahya Lampong di Parlimen Kota Belud pada 1982. Jadi, adalah tidak mustahil untuk calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli untuk menang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini. Walaupun peratusan untuk calon Bebas menang dalam satu-satu pilihan raya adalah kecil, jika ketokohannya dikenali rakyat, ia boleh menjadi faktor kemenangan Haslihelmy di Pelangai. Kelebihan itu berdasarkan cita rasa pengundi masa kini yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya