Ambil perhatian isu buli sebelum ramai doktor tinggalkan kerjaya 

Parlimen: KKM digesa ambil perhatian isu buli sebelum ramai doktor tinggalkan kerjaya 

RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa supaya mengambil pendekatan proaktif dan berkesan bagi mengelakkan isu doktor-doktor baharu meninggalkan kerjaya mereka dalam perkhidmatan kesihatan awam akibat gejala buli.

Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, RSN Rayer berkata, KKM mesti mengambil langkah antaranya memberi khidmat kaunseling kepada doktor-doktor yang menjadi mangsa buli yang dilakukan oleh golongan profesional itu sendiri.

“Saya menyeru menteri berkenaan (Dr. Zaliha Mustafa) mengambil langkah proaktif, beri kaunseling dan pastikan doktor baharu selepas menamatkan pengajian ini, bila menjadi doktor tidak berdepan masalah buli.

“Saya ada baca berita yang mengkhuatirkan bahawa berlaku buli dalam kalangan doktor menyebabkan mereka meninggalkan perkhidmatan awam.

“Ini juga telah dilaporkan berulang kali, jadi, saya minta perkara ini diberi perhatian,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, dilaporkan sejumlah 30 hingga 40 peratus doktor Malaysia di semua negeri mendakwa mereka pernah berdepan dengan situasi menjadi mangsa buli.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, menurut kajian pihaknya antara 15 September hingga 1 Oktober lalu mendapati mangsa buli tidak membuat aduan.

Menurut beliau, ini disebabkan doktor yang terlibat takut atau tidak tahu bagaimana proses aduan dilakukan malah tiada tindakan diambil terhadap kes aduan yang telah direkodkan.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 253 kes buli direkodkan dengan jumlah tertinggi dilaporkan di Sarawak (15), Selangor (sembilan) dan Perak (lapan) manakala sebanyak 197 kes buli direkodkan daripada negeri yang tidak diketahui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya