Aman Palestin masih boleh salurkan bantuan kepada Palestin

Aman Palestin masih boleh salurkan bantuan kepada Palestin

AWANG SUFFIAN AWANG PIUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin) masih boleh menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin seperti biasa walaupun menghadapi siasatan pengumpulan derma oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, pihaknya memberi kerjasama kepada SPRM dalam menjalankan siasatan terbabit. 

“Setakat ini, tiada apa-apa mengelirukan atau yang tidak betul. Kita harap, insya-Allah kita boleh bergerak seperti biasa.

“Selain itu, (kutipan) dana pun masih kita buka kepada orang ramai. Kita masih lagi boleh menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya, hari ini. 

Awang Suffian berkata demikian dalam sidang akhbar Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin di Anjung Melayu, di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan pihaknya setakat ini menumpukan kepada dokumen-dokumen yang boleh membantu siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pengumpulan derma itu. 

Menurut beliau, pihaknya sedang mendapatkan dokumen-dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit serta pihak bank.

Jelas Azam, setakat ini, pihaknya belum merakam percakapan mana-mana individu berkaitan siasatan tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN