Akademi bola sepak DRZ dapat tajaan - Utusan Malaysia

Akademi bola sepak DRZ dapat tajaan

DR. MUHAMMAD Zool Hilmi Md Aris (kiri) dan Lau Hui Lok pada majlis menandatangani MoU penajaan di Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Akademi bola sepak DRZ di sini maju selangkah lagi apabila menerima tajaan dari luar Perak.

Pengasas akademi tersebut, Dr. Muhammad Zool Hilmi Md Aris berkata, akademi itu mendapat tajaan daripada sebuah syarikat peralatan sukan, Conel Sdn.Bhd.

“Syarikat ini dari Selangor tetapi memberi perhatian kepada akademi ini.

“Mereka akan menaja peralatan sukan kepada akademi ini selama tiga tahun” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perjanjian penajaan yang dimeterai di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Muhammad Zool Hilmi mewakili DRZ Akademi manakala Conel Sdn.Bhd. diwakili Pengarahnya, Lau Hui Lok.

Sempena majlis menandatangani MoU itu, turut diadakan pertandingan sepakan penalti kategori umur Bawah-8, B-10, 12, 14 dan 16.

Kata Muhammad Zool Hilmi, MoU penajaan itu adalah petanda DRZ mendapat perhatian pihak luar .

“Mudah-mudahan ini akan membuatkan akademi ini semakin mendapat perhatian masyarakat setempat khususnya di Lembah Kinta,” katanya.

Menurut Muhammad Zool Hilmi, akademi itu kini mempunyai empat cawangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya