Air pasang besar burukkan lagi banjir kilat - Utusan Malaysia

Air pasang besar burukkan lagi banjir kilat

KEADAAN banjir kilat di Kampung Bahagia di Teluk Intan berikutan hujan berterusan dan fenomena air pasang besar. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hujan berterusan sejak Sabtu lalu dan fenomena air pasang besar menyebabkan banjir kilat di Kampung Bahagia di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sebahagian besar rumah penduduk di kampung itu dinaiki air dipercayai berpunca daripada air pasang besar apabila air Sungai Kerawai dan Sungai Bidor yang terletak berdekatan dengan kampung itu mengalir masuk melalui parit hingga ke kampung itu.

Rumah penduduk mudah dimasuki air kerana sebahagian besarnya merupakan rumah bawah.

Banjir menyebabkan penduduk memindahkan peralatan rumah ke tempat tinggi untuk mengelak terkena air banjir.

Seorang penduduk, Liza Aziz, 53, berkata, rumahnya dinaiki air hingga paras lutut sejak petang kelmarin berikutan hujan lebat berterusan.

Katanya, fenomena air pasang besar menyebabkan kea­daan bertambah buruk apabila longkang dipenuhi air dari su­ngai berdekatan.

“Ini kali ketiga dalam bulan ini kawasan di Lorong Selamat dinaiki air semasa musim tengkujuh. Dua minggu lalu air naik setakat paras buku lali tapi kali ini hingga paras lutut disebabkan hujan berterusan dan air pasang besar.

“Longkang di sekitar kampung ini tidak dapat menampung air dari Sungai Kerawai disebabkan dipenuhi sampah dan kayu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abu Abdullah ,57, berkata, dia baru setahun tinggal di Lorong 2B di kampung itu selepas membeli rumah di situ dan tidak me­nyangka kawasan rumahnya merupakan kawasan banjir.

“Hujan berterusan sejak Sabtu lalu menyebabkan kawasan rumah saya dinaiki air.

“Longkang di belakang rumah saya dipenuhi air yang tidak dapat mengalir keluar dise­babkan air pasang besar. Ini kali ketiga dalam tempoh dua minggu kawasan ini dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, jumlah mang­sa banjir di Perak setakat ini adalah seramai 145 orang di dua daerah itu 104 orang di Hilir Pe­rak dan 41 orang di Kerian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya