Ahmad Zahid dakwa ADUN PN mahu sertai kerajaan BN-PH di Pahang

Ahmad Zahid dakwa ADUN PN mahu sertai kerajaan BN-PH di Pahang

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dari Perikatan Nasional (PN) mahu menyertai gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di negeri itu.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO itu berkata, pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat dalaman yang diterimanya.

Beliau berkata, kenyataan dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya empat ADUN BN akan lompat parti dan menyertai PN hanyalah propaganda untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.

“Di sana (Pahang) terdapat 16 ADUN (BN) sedia ada dan insya-Allah kita akan dapat kekalkan Pelangai dan terdapat juga lapan ADUN PH.

“Kami dapati jumlah ini adalah lebih mencukupi untuk membentuk kerajaan dan walaupun itu propaganda mereka (PN) tetapi kita juga mempunyai maklumat dalaman,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau mendapati sebenarnya ADUN PN yang akan menyertai gabungan BN-PH, namun propaganda dibuat seolah-olah ADUN BN yang akan menyertai mereka (PN).

Muhyiddin dalam ceramah perdana di FELDA Chemomoi kelmarin mendakwa ada kemungkinan ADUN daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada PRK Dun Pelangai.

Ketika ini, komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang terdiri daripada 16 ADUN BN dan lapan ADUN PH, manakala PN pula mempunyai 17 ADUN.

Pahang antara negeri yang belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti bagi ADUN sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan semua 15 ADUN BN menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinannya dan perkara itu dimaklumkan sendiri semua ADUN terbabit kepadanya semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya