KIRA-KIRA 200 saudara baharu menyertai Pesta Tanglung Pahang 2023 anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan beberapa pertubuhan di Kuantan baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang, Mohd Fadzli Mat Saman berkata, Pesta Tanglung itu merupakan program tahunan untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Tionghoa khususnya mereka yang telah memeluk agama Islam supaya tidak meninggalkan budaya kaum masing-masing.
“Program ini turut dimeriahkan dengan acara pertandingan mewarna, sukan rakyat, perarakan Tanglung sekitar masjid, persembahan Tanglung oleh penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) dan menikmati makanan Cina Muslim,” katanya di Kuantan, Pahang baru-baru ini.-UTUSAN