AgroBazaar Rakyat Melaka ke arah tanpa tunai

AgroBazaar Rakyat Melaka ke arah tanpa tunai

HAIRUDDIN Yunos (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Go Cashless@ABR di ABR Pasar Mini Esah Haniff, Umbai, Merlimau, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan kesemua 27 AgroBazaar Rakyat (ABR) di negeri ini beralih sepenuhnya kepada kemudahan jualan tanpa tunai (cashless) menjelang hujung tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Hairuddin Yunos berkata, sebagai permulaan ABR Pasar Mini Esah Haniff di Umbai, Merlimau di sini dipilih sebagai pelopor pertama penjualan tanpa tunai.

Menurutnya, FAMA menggalakkan usahawan di bawah seliaannya beralih menggunakan kemudahan jualan tanpa tunai di premis mereka, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

“Ia adalah untuk memberikan budaya baharu kepada usahawan kita menyahut saranan kerajaan terhadap era digital ini kepada kaedah cashless. FAMA akan kembangkan kaedah jualan tanpa tunai ke semua 27 ABR dalam tempoh tiga bulan ini.

“Ini adalah kerjasama antara FAMA dan PayNet yang menyediakan sokongan dana untuk pelaksanaan program pemasaran dan kita salur maklumat berkaitan transaksi data usahawan melalui saluran e-pembayaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Go Cashless@ABR di ABR Pasar Mini Esah Haniff, hari ini.

Tambah Hairuddin, orang ramai turut digalakkan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Menurutnya, usahawan yang menyertai program tersebut akan dibekalkan dengan pelbagai bahan promosi bagi menarik perhatian pengguna menggunakan kaedah e-pembayaran.

“Sebagai galakan kepada orang ramai, ABR menyediakan kombo cashless percuma bernilai RM15 untuk pembelian minyak, tepung dan gula dengan pembelian secara dalam talian bernilai RM50,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya