Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah pada atlet negara selepas

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah pada atlet negara selepas raih emas dalam Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Berdua mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet yang berjaya menyumbang pingat emas untuk negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Setakat ini, antara yang berjaya meraih emas semasa kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China itu adalah Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara ILCA 6 Wanita (Sukan Pelayaran) dan Muhd Qabil Ambak Mahamad Fathil dalam acara Dressage Indvidiu (Ekuestrian).

Malaysia turut memperoleh emas ketiga hasil sumbangan daripada pasukan skuasy wanita negara selepas berjaya menundukkan Hong Kong 2-1 dalam pertarungan sengit pada final acara tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya