PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengampuni perkenan pelantikan 15 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, ia diadakan dalam satu istiadat penyerahan watikah pelantikan dan majlis menghadap yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Istiadat tersebut turut dihadiri Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Dalam hal yang berkaitan Zambry turut menyerahkan surat pelantikan kepada bakal Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.
Kesemua 16 ketua perwakilan tersebut adalah:
– Datuk Norman Muhamad
Bakal Duta Besar Malaysia ke China
– Datuk Cheong Loon Lai
Bakal Duta Besar Malaysia ke Russia
– Datuk Nadzirah Osman
Bakal Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Switzerland
– Sharrina Abdullah
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia
– Muzafar Shah Mustafa
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India
– Datuk Mohd Khalid Abbasi Ab Razak
Bakal Duta Besar Malaysia ke Belgium
– Roseli Abdul
Bakal Duta Besar Malaysia ke Belanda
– Rus Shazila Osman
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
– Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid
Bakal Duta Besar Malaysia ke Ireland
– Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin
Bakal Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan
– Jamal Sharifuddin Johan
Bakal Duta Besar Malaysia ke Mexico
– Muhammad Radzi Jamaluddin
Bakal Duta Besar Malaysia ke Cuba
– Ahmad Kamrizamil Mohd Riza
Bakal Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan
– Hamizan Hashim
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea
– Nor’Azam Mohd Idrus
Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji
– Zahid Rastam
Bakal Duta Besar Malaysia ke Itali