Agong kurnia 293 pingat kepada anggota tentera

Agong kurnia 293 pingat kepada anggota tentera

AL-SULTAN Abdullah mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera kepada Mohammad Ab. Rahman. - ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2023 sesi pertama di Istana Negara, hari ini.

Menurut Istana Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman mendahului senarai 293 penerima pingat termasuk enam pegawai tentera negara asing.

“Pada istiadat tersebut, Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gaga Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

“Seri Paduka juga berkenan mengurniakan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada enam penerima dari negara asing iaitu Panglima Tentara Nasional Indonesia (TI) Laksamana Yudo Margono, Panglima Angkatan Tentera Singapura, Laksamana Madya Aaron Beng dan Kepala Staf TNI Angkatan Darat Jeneral Dudung Abdurachman,” katanya menurut hantaran di Instagram hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak.

Jelas Istana Negara, penerima lain pingat itu ialah Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Ali Al Shehhi, Panglima Tentera Laut Pakistan Laksamana Muhammad Amjad Khan Nazi dan Panglima Tentera Laut Diraja Thailand Laksamana Chemachai Chomchemapat.

“Pada istiadat tersebut juga, Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 13 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 43 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 112 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) melibatkan 116 penerima.

“Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain- lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan ATM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya