Agong berkenan hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Agong berkenan hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262

MESYUARAT Majlis Raja-Raja Ke-262 dipengerusikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Negara hari ini. -GAMBAR FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262 di Istana Negara, hari ini.

Menurut Istana Negara, Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 22 dan 23 Februari 2023 lepas yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

“Turut berangkat, Sultan Terengganu,  Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultan Kedah,Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra,” menurut laman Instagram rasminya hari ini. 

Menurut Istana Negara, mesyuarat turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang; Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Yang di-Pertua Negeri Sabah manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

“Hadir sama ke Mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri diringi Ketua-Ketua Menteri sementara Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Raja-Raja Melayu dijadual berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara esok bagi urusan menentukan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Pemilihan itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan penggal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. 

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dalam satu istiadat penuh gilang gemilang di Istana Negara pada 31 Januari 2019. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya