Agensi tunggal kawal sempadan diumum dalam masa terdekat

Agensi tunggal kawal sempadan diumum dalam masa terdekat -Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (empat dari kanan) bergambar bersama penerima sijil wargangeara di Jsbatan Pendaftaran Negara, Putrajaya di sini hari ini,-UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaaah Menteri akan memuktamadkan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, kerajaan belum memutuskan kementerian khusus bagi menyelia agensi tunggal itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau meminta warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bersiap sedia sekiranya kementerian dan agensi di bawahnya dipertanggungjawabkan terhadap SBA.

“Saya sebut bahawa mana-mana sempadan negara di dunia, tentu kepentingan keselamatan itu lebih berat dalam aspek kawalan sempadan dan pintu masuk negara. Memang dalam banyak agensi (mengawal selia sempadan), agensi di bawah KDN lebih banyak.

“Sebab itu saya menggesa warga KDN supaya bersiap sedia dan andai kata dalam masa terdekat ini keputusan dibuat, sudah tentu saya akan segera hebah kepada rakan media,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan SBA sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

Pada 20 Januari lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, inisiatif SBA yang dirancang sejak 2018 bagi menyatukan lebih 20 agensi penguat kuasa di 141 pintu masuk antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, inisiatif itu mengambil contoh agensi sempadan di negara antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan New Zealand. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya