PETALING JAYA: Ulang tahun yang ke-11 AEON BiG Sdn. Bhd. akan dirai dengan memberi penghargaan kepada para pelanggan, pekerja dan rakan perniagaan atas sokongan yang diberikan sepanjang lebih sedekad penubuhannya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan AEON BiG (M), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, sambutan ini dilakukan dengan memberi potongan harga istimewa sehingga 50 peratus dan pelbagai hadiah menarik, menanti sema pelanggan pada hari ini.
“Kempen yang akan berlangsung sepanjang enam minggu bermula hari ini sehingga 26 November ini memberi peluang kepada pelanggan untuk berbelanja dengan potongan harga hingga 50 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bertemakan ‘Meraikan setiap detik kemenangan’ kempen ini diinspirasi untuk memberi semula kepada pelanggan dan juga komuniti yang sentiasa menyokong AEON BiG terutama
dalam tempoh mencabar seperti Covid-19 dan juga banjir besar yang melanda pada 2021.
“Saya masih ingat bagaimana teruk AEON BiG Shah Alam, Selangor terjejas semasa banjir melanda pada tahun 2021, banyak kerugian yang kita terpaksa tanggung, hampir mencecah
jutaan ringgit.
“Tetapi apa yang mengejutkan saya, komuniti daripada pihak surau, residen sendiri datang, bersama-sama membantu AEON BiG membersihkan dan membaik pulih semula,” katanya.
Oleh sebab itu Sheikh Farouk berkata, kempen ini dilaksanakan untuk membantu komuniti berbelanja dengan kadar berbaloi, secara tidak langsung membantu pembekal untuk meningkatkan semula perniagaan mereka.
Sheikh Farouk berkata, disebabkan kejadian itu, AEON BiG aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menanam pokok dan membersihkan pantai hasil kerjasama dengan Menteri Sumber
Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Bukan itu sahaja, kita juga telah beralih arah dengan menggunakan tenaga solar di premis AEON BiG sebagai tanda sokongan untuk menjaga alam sekitar,” katanya.
Kempen yang akan berlangsung sepanjang enam minggu bermula 19 Oktober sehingga 26 November memberi peluang kepada pelanggan untuk berbelanja dengan potongan
harga hingga 50 peratus,” katanya.
Katanya, orang ramai yang berbelanja sebanyak RM111 berpeluang untuk memenangi satu unit Proton X50 Flagship dan dua unit Proton Saga Premium.
“Perbelanjaan minimum adalah bermula RM111 dalam satu resit, kalau berbelanja sehingga RM333 akan dapat enam kali peluang untuk menang,” katanya.
Bukan itu sahaja, pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk memenangi hadiah dalam bentuk AEON BiG Gift Card untuk berbelanja di AEON BiG.
Sementara itu Proton menjadi Penaja Platinum sepanjang kempen tersebut manakala Penaja Emas pula adalah Nestle, Felda Global Ventures, Mamee DoubleDecker and Tyson Malaysia.
Menurut Sheikh Farouk, banyak promosi menarik yang akan ditawarkan selain pengumuman promosi istimewa pada 11 November nanti.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan, pekerja dan rakan perniagaan atas sokongan yang telah diberikan sepanjang 11 tahun penubuhan AEON BiG.
Dia juga berharap AEON BiG kekal relevan dan menjadi lebih daripada sekadar sebuah pasar raya tetapi sebagai sebahagian daripada kisah hidup orang ramai dengan komitmen yang tidak
pernah pudar dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Kami berbangga menjadi destinasi membeli-belah kegemaran untuk pelbagai keperluan, daripada pelbagai barangan runcit sehingga barangan rumah, pakaian dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN