Adegan seks bocor, pengarah filem Mar Rak bakal siasat dan ambil tindakan. - Utusan Malaysia

Adegan seks bocor, pengarah filem Mar Rak bakal siasat dan ambil tindakan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform dalam talian hari ini digemparkan dengan penularan sedutan adegan seks sebuah filem tempatan yang dimuat naik di laman Youtube, Donthaveaname.

Video berdurasi 1 minit 24 saat itu dipercayai merupakan sebahagian babak dalam filem Mar Rak arahan pengarah, Datuk T.S Jeffry, 54.

Video itu turut dimuat naik di beberapa platform media sosial lain termasuk Instagram dan Tik Tok.

T.SJeffry ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini tidak menolak penularan video berkenaan dikaitkan dengan sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab yang merancang untuk mensabotaj filem tersebut.

“Perkara ini akan disiasat, saya tak tahu menahu tentang penularan babak berkenaan di media sosial.

“Kami akan ambil tindakan kalau perkara ini menjejaskan tayangan.

“Filem ini memenuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mendapat kelulusan tayangan. Jadi saya tak menolak ada unsur sabotaj di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon meningkat naik, Michael Lean Chien Er, 34, yang dipercayai terlibat dalam menjayakan babak berkenaan ketika dihubungi menerusi pesanan WhatsApp enggan mengulas panjang berkaitan penularan video tersebut.

“Pihak produksi akan menyiasat perkara ini. Sebagai pelakon, kami diminta untuk tidak mengulas panjang agar tidak menggangu proses siasatan,” jawabnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya