Acryl Sani dahului senarai 1,210 penerima pingat kebesaran Sabah

Acryl Sani dahului senarai 1,209 penerima pingat kebesaran Sabah

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 1,209 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-70.

Acrycl Sani dan Datuk Tang Yong Chew adalah dua penerima pingat kebesaran tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Sementara itu, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Victor Sanjos; Panglima 5 Divisyen Sabah, Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sabah, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik antara 88 individu yang tersenarai sebagai penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut tersenarai sebagai penerima PGDK adalah Pengarah Pendidikan Negeri, Raisin Saidin; Pengarah Kesihatan Negeri, Asits Sanna dan empat timbalan menteri Persekutuan iaitu Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi.

Penerima lain yang berada dalam senarai PGDK termasuk ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah adalah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Hendrus Anding; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jambri @ Jamri; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui; Jonnybone J. Kurum (Telupid), George Hiew (Karamunting), Norazlinah Arif (Kunak), Mokran Ingkat (Sungai Manila).

Bagi penerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) pula, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Sahari antara lapan penerima yang tersenarai menerima JP.

Sementara itu, 118 orang yang berada dalam senarai penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 228 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) manakala, Bintang Setia Kinabalu (BSK) diberikan kepada 281 penerima, Bintang Kinabalu (BK) diberikan kepada 310 penerima dan 174 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Antara penerima pingat dalam kalangan media pula, penerimanya adalah Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Lichong Angkui yang tersenarai sebagai penerima PGDK. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya