884 graduan Kolej Uniti terima diploma

884 graduan Kolej Uniti terima diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Seramai 884 graduan bakal menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti ke-20 yang dijadual berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti Port Dickson (KUPD), Amir Hamzah Md. Isa berkata, selain 812 graduan pelbagai bidang di KUPD, istiadat berkenaan turut melibatkan seramai 72 graduan Kolej Uniti Kota Bharu (KUKB).

“Jumlah tersebut melibatkan 348 graduan dari Fakulti Pengurusan Industri Halal; 375 graduan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dan seramai 89 graduan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan,” katanya di sini semalam.

Katanya, pada sesi pertama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan merasmikan majlis istiadat seterusnya menyampaikan Diploma kepada graduan.

“Menteri Besar juga akan menyampaikan beberapa anugerah kepada graduan yang telah memperlihat kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

“Antaranya Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Anugerah Khas Pelajar dan Anugerah Presiden,” katanya.

Pada istiadat kali ini, Anugerah Khas Alumni turut diberikan kepada tiga alumni yang berjaya dalam bidang masing-masing iaitu ahli perniagaan, Nor Nabira Suhada Zurghiba; pensyarah, Prof. Madya Dr. Ahmad Sabry Mohamad dan pegawai polis, Asisten Superintenden Mohd. Shaiful Zainudin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN