80 pengamal media, kakitangan CBP sertai pertandingan boling

80 pengamal media, kakitangan CBP sertai pertandingan boling

PENGAMAL media bersama kakitangan CBP bergambar sebelum pertandingan boling semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 80 pengamal media dan kakitangan Co-opbank Pertama (CBP) menyertai pertandingan boling persahabatan semalam.

Pertandingan dianjurkan CBP itu diadakan di Ampang SuperBowl, Ampang Point dengan dirasmikan Ketua Pegawai Operasi, Syaiful Arief Syah Mohamed Said.

Syaiful Arief Syah dalam kenyataan berkata, penganjuran aktiviti boling itu bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara CBP bersama pengamal-pengamal media.

“Media banyak memberi sokongan kepada CBP dan ini merupakan salah satu aktiviti yang kita anjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara CBP bersama media.

“Selain itu, aktiviti ini juga merupakan cara kita menghargai rakan-rakan media di samping berkenal-kenalan dengan media,” katanya.

Dalam pada itu, Syaiful Arief Syah turut berkata, aktiviti bersama media akan terus diadakan pada masa akan datang dalam usaha untuk menghargai sumbangan dan peranan media yang banyak memberi sokongan kepada CBP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya