72 mangsa banjir di Sik dipindahkan ke PPS

72 mangsa banjir di Sik dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir, Markas Pas Tanjung Belit dan Surau Kampung Belimbing dibuka bagi menempatkan 72 mangsa banjir di daerah ini, sejak malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, seramai lima orang daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS SK Chepir.

“Seramai 62 lagi mangsa daripada 13 keluarga pula berlindung di PPS Markas Pas Tanjung Belit sementara lima lagi mangsa daripada sebuah keluarga ditempatkan di Surau Kampung Belimbing,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tujuh kampung dan satu kawasan perumahan di Mukim Sik dan Sok dilaporkan terjejas akibat banjir terbabit.

“Kawasan yang dinaiki air antaranya Kampung Banggol Kiat, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Kemelong dan Taman Derdap di Mukim Sik.

“Di Mukim Sok pula adalah Kampung Pinang dan Kampung Surau yang terjejas setakat ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya