68 metrik tan bekas racun perosak padi dikitar semula - Utusan Malaysia

68 metrik tan bekas racun perosak padi dikitar semula

Racun perosak
MAT Iesak (tengah) melawat kawasan tanaman padi di BPIT Sungai Burong, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 68 tan metrik bekas racun perosak tanaman padi berjaya dikumpul Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) untuk dikitar semula di seluruh negara tahun lalu.

Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja DOA, Mat Iesak Ngathinee berkata, jumlah itu turut meliputi kira-kira 8.8 tan metrik yang dikumpulkan di Selangor.

“Bagi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, rekod itu melibatkan dua pusat primer dan 35 pusat pengumpulan kecil di sekitar Kuala Selangor.

“Daerah Sabak Bernam pula meliputi satu pusat primer dan 56 pusat pengumpulan kecil yang disediakan bagi memudahkan pesawah mengumpul botol racun untuk dikitar semula,” katanya pada majlis pelancaran Kitar Semula Bekas Racun di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelasnya, aktiviti penanaman padi merekodkan kadar penggunaan input seperti racun makhluk perosak yang tinggi sekaligus menghasilkan sampah seperti botol dan racun.

“Jika tidak dilupuskan dengan cara betul, ia boleh mengakibatkan pencemaran di kawasan pengairan padi. Botol atau racun yang dibuang di tepi parit berisiko tinggi tersumbat manakala sisanya akan memudaratkan kesihatan manusia, haiwan dan organisma bukan sasaran,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mat Iesak berharap kempen itu mendidik pesawah mengitar semula tong racun di tempat pengumpulan primer dan kecil yang disediakan.

“Kempen ini bermula sejak 10 tahun lalu dan jumlah kutipan racun perosak untuk dikitar semula sentiasa meningkat setiap tahun. Ini menunjukkan kesedaran tinggi pesawah dalam memastikan bekas atau tong racun ini diuruskan dengan lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya