41,612 pemilih baharu didaftar automatik - SPR

41,612 pemilih baharu didaftar automatik – SPR

SEJUMLAH 12,915 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 41,612 warganegara berusia 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh bulan Ogos lalu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu direkodkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2023 (DPT BLN8/2023) yang diperakukan semalam dan diwartakan hari ini.

Kata beliau, ia turut mengandungi 12,915 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“DPT BLN8/2023 itu dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 1 November depan yang boleh disemak melalui lima kaedah.

“Semakan boleh dibuat seperti portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

“Selain itu semakan melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau hotline SPR di talian 03-8892 7018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN8/2023.

Katanya, sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.

“Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan sepanjang tempoh semakan DPT BLN8/2023,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN8/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya