21 lori bawa lebih muatan diambil tindakan oleh JPJ Pulau Pinang - Utusan Malaysia

21 lori bawa lebih muatan diambil tindakan oleh JPJ Pulau Pinang

SEBANYAK 21 buah kenderaan barangan khususnya lori dikenakan tindakan semasa penguatkuasaan Ops Patuh Khas Lebih Muatan dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 21 buah kenderaan barangan khususnya lori dikenakan tindakan semasa penguatkuasaan Ops Patuh Khas Lebih Muatan dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, sepanjang minggu ini.

Jurucakap JPJ negeri berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959.

Terdahulu, katanya, penguatkuasaan itu dilakukan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan termasuk di laluan utama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan negeri serta kawasan perindustrian di negeri ini.

Jelasnya, penguatkuasaan dilakukan oleh Unit Operasi JPJ dengan kerjasama Stesen Penguatkuasaan (SPK) JPJ di Valdor dengan memfokuskan kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

“Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta APAD 2010.

“Penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang terutama membawa muatan melebihi had dibenarkan ini akan terus dilaksanakan secara telus dan berterusan.

“Ini bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan selain memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya