10,000 kit keperluan asas hadapi banjir di Selangor - Utusan Malaysia

10,000 kit keperluan asas hadapi banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 10,000 kit yang terdiri daripada barangan keperluan asas disediakan bagi membantu keluarga mangsa banjir sebagai langkah persediaan mendepani bencana itu ketika peralihan Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Februari depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah kit tersebut mengambil kira bilangan keluarga yang terjejas pada bencana pada Disember 2021 dan risiko peningkatan mangsa sekiranya banjir berlaku di kawasan yang lebih luas.

“Ini berdasarkan pengalaman lepas, bersiap siaga untuk berdepan dengan jumlah mangsa banjir sekitar 5,000 orang dan saya arahkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sediakan sekali ganda.

“Kita bimbang banjir berlaku seperti 2021 ada lebihan mangsa disebabkan kawasan besar (banjir). Sekarang bekalan bantuan ini diurus JKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Beliau menambah,  keperluan lain terutama aset-aset untuk operasi banjir seperti bot juga berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa selain pasukan Sukarelawan Selangor (Serve) sentiasa bersedia turun berkhidmat.

Pada 2021, Selangor merekodkan jumlah mangsa banjir kira-kira 30,000 orang melibatkan sekitar 7,000 keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terutama.

Ketika itu, Klang, Hulu Langat dan Shah Alam khususnya di Seksyen 25 menjadi kawasan paling teruk terjejas apabila puluhan ribu rumah ditenggelami air selain ratusan ribu penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri terperangkap dalam bencana itu.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan tugas-tugas khas anggota MMKN dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mendepani bencana tersebut.

“Semua pihak berkuasa tempatan, dan jabatan lain yang berkaitan dipertanggungjawabkan untuk segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang terutamanya di kawasan berisiko tinggi banjir.

“Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan beberapa agensi lain termasuk Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Tohuku University bagi mengurangkan risiko di peringkat lokaliti dengan melibatkan rakyat dan komuniti tempatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tugas anggota MMKN bagi menghadapi banjir:

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya