Zaini Ujang dilantik KSU KKM baharu

Zaini Ujang dilantik KSU KKM baharu

ZAINI UJANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai KSU Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu merupakan antara pelaksanaan pusingan kerja dan pelantikan baharu bagi beberapa jawatan KSU dan Ketua Pengarah.

Selain Zaini, KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak pula dilantik sebagai KSU Kementerian Pertahanan baharu.

“KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd. Yusof dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan.

“Manakala KSU Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan WIlayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Timbalan KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Hairil Yahri Yaacob dinaikkan pangkat ke jawatan KSU kementerian berkenaan.

Mohd. Zuki mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan tersebut dan percaya dengan kemampuan pegawai-pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi dalam menjayakan agenda Malaysia Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya