YSB anjur golf amal 14 Sept. ini di The Mines Resort

YSB anjur golf amal 14 Sept. ini di The Mines Resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dalam usaha mengumpul dana bagi menjayakan program pendidikan di bawah kendalian Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), satu kejohanan golf amal akan diadakan di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan pada 14 September ini.

Kejohanan golf amal itu bakal dihadiri Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Kedah, Che Puan Besar Kedah, Raja DiHilir Perak dan Tunku Temenggong Kedah.

Hasil kutipan dana itu nanti akan digunakan bagi menampung kos dua projek pendidikan kendalian YSB di bawah Program Pemindahan Akademik STEM iaitu Projek Titian Bistari (PTB) atau Projek Jambatan Kecemerlangan dan Program Meningkatkan Pencapaian Pelajar SPM (IMPAK).

Program itu melibatkan 22 buah sekolah luar bandar di Kedah merangkumi seramai 1,210 pelajar sekolah rendah dan melalui Program Meningkatkan Pencapaian Pelajar SPM (IMPAK) ini juga pelajar diberi kelas tambahan percuma yang dijalankan bersama Yayasan IMPAK.

Sementara itu, satu lagi program pendidikan terbaharu diperkenalkan YSB iaitu Program Pendidikan Kerjasama yang melibatkan 300 pelajar luar bandar di Kedah.

Melalui program terbaharu ini, para pelajar kini sedang menjalani enam bulan amali dan kelas STEM dan Bahasa Inggeris bermula pada Jun lalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Sepanjang kejohanan Golf Amal YSB diadakan sejak 1998, YSB berjaya mengumpul lebih RM10 juta dana dan telah memberi manfaat kepada rakyat Kedah bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga merangkumi pembangunan masyarakat, kesihatan, warga emas, wanita dan belia.

Orang awam yang berminat untuk menyertai kejohanan amal ini boleh hubungi Cik Akma di talian 07-4353080 atau hantarkan emel ke [email protected] dan layari https://www.ysb.org.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya