Waris mangsa penipuan pekerjaan Myanmar bayar tebusan RM1 juta

Waris mangsa penipuan pekerjaan Myanmar bayar tebusan RM1 juta

HISHAMUDDIN Hashim bersama mangsa yang dibawa pulang dari Myanmar di Terminal 2, KLIA Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Waris keluarga kepada anak mereka terjebak sebagai mangsa dalam jenayah penipuan pekerjaan di luar negara diingatkan agar tidak sekali-kali membayar tebusan.

Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim kerana ada yang terpedaya sudah membayar sehingga RM1 juta namun mangsa tidak juga dibebaskan.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima kes yang seorang bapa terpaksa menggadaikan tanah pusaka miliknya demi menyelamatkan anak di luar negara dan sudah bayar RM90,000 kepada sindiket tetapi mangsa masih lagi tidak bebas sebelum melaporkan kepada MHO.

Paling menyedikan, pihak yang mengenakan tebusan itu rupa-rupanya didalangi seorang ahli perniagaan terkenal warga Malaysia sendiri dan sindiket itu tidak pernah menawarkan sebarang tebusan bagi pembebasan mangsa yang dibawa ke Myanmar.

“Sebaliknya mangsa akan dikerah bekerja sebagai penipu atas talian dengan diawasi sekumpulan samseng rakyat Malaysia yang bersekongkol dalam kegiatan jenayah itu.

“Situasi tersebut menyebabkan ada individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan kononnya boleh berunding bagi membebaskan mangsa, sedangkan orang berkenaan hanya mengeksploitasi penderitaan keluarga dengan mengambil sejumlah wang tebusan namun tidak pula dibayar kepada sindiket itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyambut kepulangan seorang mangsa berusia 24 tahun yang tiba kira-kira pukul 9.57 malam tadi dan menaiki pesawat AirAsia penerbangan AK 0893 dari Bangkok, Thailand, malam tadi.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang itu dijanjikan pekerjaan di ibu kota negara jiran itu juga merupakan mangsa paling pantas diselamatkan iaitu hanya 30 hari selepas kes dilaporkan kepada badan tersebut,.

Dia berjaya dibebaskan menerusi misi khas MHO yang hampir meragut nyawa aktivisnya, Azirul Shafiq Sazali sebelum dapat diselamatkan askar Thailand di sempadan.

“Setakat ini kami merekodkan ada lagi 30 mangsa yang terkandas di Myanmar dengan ada sudah berada di sana lebih setahun kerana belum dapat diselamatkan lagi,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya