Warga PMJ perlu komited teroka teknologi digital - Utusan Malaysia

Warga PMJ perlu komited teroka teknologi digital

AMIRUDIN Abdul Wahab menyampaikan piala Anugerah Pengarah kepada S. Hariharan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Johor Ke-11 di Mersing, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Warga kerja Politek­nik Mersing Johor (PMJ) perlu sentiasa komited dalam menero­ka dan memanfaatkan teknologi digital bagi menghasilkan budaya kerja yang lebih efisien, toleransi dan fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, perkara itu selari dengan tema konvokesyen PMJ kali ini, iaitu pendigitalan pemacu kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Transformasi ke arah pendigitalan telah berkembang de­ngan pesat di seluruh dunia, bukan sahaja dalam sektor pendidikan, malah dalam sektor perindustrian dan ekonomi,” ka­tanya pada Majlis Konvoke­syen PMJ Ke-11 di Dewan Permata Marjan, PMJ, di sini semalam.

Seramai 644 graduan dalam pelbagai bidang daripada Ja­ba­tan Kejuruteraan Elektrik, Jaba­tan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Perdagangan menerima diploma pada majlis itu.

Katanya, kerjasama industri dalam pendidikan TVET amat penting, khususnya bagi kebo­lehpasaran gra­duan.

“Strategi jalinan kerjasama memberi manfaat kepada institusi TVET. Bagi menyokong usaha ini, termeterai kerjasama antara industri dan PMJ. Kola­borasi utuh mampu melonjakkan pendigitalan institusi dan graduan TVET serta PMJ berada pada bidang tujahan dan teknologi selari Revolusi Perindustrian 4.0 serta sebagai ikhtiar Malaysia Madani,” katanya.

Hingga kini sebanyak 18 kolaborasi dijalin PMJ dengan industri termasuk CyberSecurity Malaysia.

CyberSecurity Malaysia mem­biayai pensijilan profesio­nal bernilai RM5,000 kepada dua graduan yang mene­rima Anugerah Khas Industri pada majlis konvokesyen PMJ itu.

Penuntut Diploma Pengajian Perniagaan, S. Hariharan serta penuntut Diploma Teknologi Maklumat, Farah Nurazira Rahim dinobatkan sebagai pe­ne­rima Anugerah Pengarah. Farah Nurazira dan Muhammad Aiman Najmi Mohd. Razali turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya