Warga Hal Ehwal Agama penting sebarkan kefahaman Islam

Warga Hal Ehwal Agama penting sebarkan kefahaman Islam

ANWAR Ibrahim menghadiri Majlis Ilmu Madani bersama pegawai Jakim dan agensi agama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peranan warga Hal Ehwal Agama dan agensi berkaitan sangat penting dalam menyebarkan kefahaman Islam yang tepat serta mengangkat martabat umat.

Berkongsikan pertemuannya dengan warga Hal Ehwal Agama dan wakil agensi berkaitan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menekankan nilai akhlak yang merupakan kelompongan besar yang harus digarap dalam pembinaan sesebuah negara, tamadun mahu pun peradaban.

Kata beliau, ia seperti yang ditekankan oleh ilmuan Islam seperti Syeikh Taha Jabir al- Alwani dan Malik Bennabi.

“Peranan pegawai dan kakitangan hal ehwal agama dan agensi, sangat instrumental (penting) dalam meratakan kefahaman Islam yang tepat serta mengangkat martabat umat. 

“Kerajaan Perpaduan percaya melalui kompas tujuan yang jelas bersandarkan konsep Malaysia Madani, perkhidmatan hal ehwal agama boleh memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Syeikh Taha adalah Presiden dan Pemegang Kerusi Imam al-Syafie di Universiti Qurtuba manakala Malik Bennabi pula adalah Ahli Falsafah Algeria yang hidup pada tahun 1905 sehingga 1973.

Pada program Siri Majlis Ilmu Madani itu, Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar.

Pada majlis sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah turut memberikan syarahan sebelum diteruskan dengan sesi dialog antara Perdana Menteri dengan warga Hal Ehwal Agama dan wakil agensi berkaitan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pada majlis itu beliau sempat berkongsi dan mengimbau sejarah ungkapan masyarakat Madani yang dibawa seawal tahun 1998.

“Saya sempat kongsi dan mengajak hadirin mengimbau sejarah pengungkapan istilah masyarakat Madani seawal 1998, sehingga terluncurlah gagasan Malaysia Madani sebagai sebuah agenda negara tatkala diberi amanah sebagai Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya