KOTA BHARU: Tindakan pantas sekumpulan lelaki berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, semalam. Seorang pemilik jeti di Sungai Kelantan, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata, dia berada di kawasan jeti di tebing sungai tersebut bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 9 pagi. Katanya, semasa sedang berbual, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya memaklumkan seorang wanita terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra. “Saya terus menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu yang hampir lemas kira-kira 100 meter dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya