Wanita maut disyaki didera suami - Utusan Malaysia

Wanita maut disyaki didera suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita maut dipercayai akibat didera suaminya sendiri di sebuah rumah di sekitar Jeram di sini, pada 2 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa yang tidak sedarkan diri di lokasi itu daripada pegawai perubatan, kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa.

“Ekoran maklumat itu, polis menahan seorang suspek iaitu suami mangsa berusia 35 tahun bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 4 hingga14 September ini.

“Lelaki itu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya