PETALING JAYA: Jalur Gemilang gah menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, semalam.
Dalam hantaran menerusi laman rasmi Burj Khalifa by Emaar, video berdurasi 49 saat memaparkan cahaya Jalur Gemilang menutupi seluruh bangunan itu diiringi lagu Negaraku.
MUAT turun video daripada laman Instagram Burj Khalifa menunjukkan kibaran Jalur Gemilang pada bangunan Bur Khalifa, Dubai. – BURJ KHALIFA
“Tonight, #BurjKhalifa shines for Malaysia’s Independence Day. As you mark this momentous day, may your nation flourish and your citizens embrace unity, prosperity, and joy. Warm wishes for a Happy Independence Day (#BurjKhalifa bersinar untuk Hari Kebangsaan Malaysia. Semoga negara anda berkembang maju dan rakyat mengekalkan perpaduan, kemakmuran dan kebahagiaan. Selamat Hari Kebangsaan)”.
Demikian menurut hantaran di media sosial tersebut. – UTUSAN