Usah terkeliru kongsi, sebar mesej penerima dana Mitra

Usah terkeliru kongsi, sebar mesej penerima dana Mitra

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) menasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej berkaitan penerima subsidi pengajian tinggi kerana ramai pemohon terkeliru apabila masih gagal mendapat bantuan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khasnya, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata,  beliau difahamkan ada segelintir marah kerana belum dapat dana tetapi setelah disiasat, ia berpunca mesej lama oleh mereka yang sudah berjaya peroleh bantuan itu.

Beliau pada masa sama mengesahkan pihaknya menerima 8,583 permohonan untuk program khas itu setakat semalam di bawah Skim Subsidi Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India B40 itu yang mula dibuka sejak 8 Mei lalu.

Skim itu berjumlah RM20 juta dengan setiap peserta menerima RM2,000 secara ‘one-off’ yang diberi kepada mahasiswa India menuntut di tahun kedua sehingga tahun akhir pengajian ijazah pertamanya di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Kekeliruan tercetus apabila pemohon yang belum lagi diluluskan itu tersilap apabila menyangka sudah mendapat dana menerusi akaun mereka.

“Padahal selepas kami siasat, ia mesej dihantar berulang kali daripada pemohon berjaya dan tindakan mereka menyebabkan Mitra dipandang serong oleh banyak pihak,” katanya dalam sidang akhbar si sini hari ini..

Setakat semalam, seramai 2,492 pelajar telah dikreditkan dana berjumlah RM4.984 juta menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pembayaran yuran semester baharu.

Sementara 701 pelajar ujarnya, yang sudah pun diserahkan namanya kepada bank itu akan menerima subsidi ini secepat mungkin setelah isu teknikal berkaitan akaun diselesaikan.

Berhubung baki 5,390 pemohon lagi, Ramanan berkata, pihak Mitra giat dalam proses semakan dengan pihak IPT terbabit untuk memastikan mereka memang pelajar sah di situ.

Pada masa sama, beliau menyeru pelajar India dari keluarga berpendapatan rendah agar segera merebut skim itu kerana masih ada kekosongan sebanyak 1,417 permohonan.

Beliau memberi contoh program subsidi pendidikan awal tadika swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melibatkan dana RM10.8 juta yang menerima 145 permohonan.

Daripada jumlah itu, Mitra sudah pun menandatangani perjanjian dengan 107 pengusaha tadika tersebut yang membabitkan seramai 923 murid dengan peruntukan RM7.183 juta.

Begitu juga kata Ramanan, skim subsidi dialisis apabila Mitra menerima 135 permohonan daripada pusat berkenaan yang meliputi 749 pesakit dengan dana berjumlah RM8.64 juta dan setakat hari ini, sebanyak 19 pusat dialisis diberi kelulusan melibatkan seramai 140 pesakit dengan peruntukan RM1.08 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya