UMT tambah baik kualiti komuniti Orang Asli

UMT tambah baik kualiti komuniti Orang Asli

GOLONGAN wanita dan kanak-kanak dari Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Berua mendapatkan pemeriksaan kesihatan berdekatan perkampungan Orang Asli sempena program USR Bersama Komuniti dan pelajar ‘Jungle School’ di Kg. Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu, baru-baru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan program ‘Jungle School’ yang bersifat tanggungjawab sosial korporat khas untuk menambah baik kualiti hidup komuniti Orang Asli.

Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT, Prof. Dr. Khatijah Omar berkata, masyarakat Orang Asli adalah kelompok yang masih mempertahan tradisi dan budaya yang berpusatkan alam semulajadi.

Katanya, ‘Jungle School’ yang merupakan program misi kemanusiaan ini adalah kerjasama dari beberapa pihak berkaitan dalam usaha menarik minat kanak-kanak masyarakat Orang Asli Semaq Beri Kampung Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu untuk hadir ke sekolah ekoran kekurangan akses pendidikan selain kekurangan akses kesihatan dan keperluan asas lain.

“UMT mengetengahkan tema pendidikan dan kesihatan yang mana terdapat aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti pengenalan asas kepada 3M (Membaca, Menulis, Mengira), aktiviti mewarna serta pengenalan berkaitan penjagaan diri seperti cara gosok gigi dengan betul, dan penjagaan kebersihan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini,

Menurut Khatijah, UMT mempunyai sumber daya akademik dan tenaga pengajar yang dapat berperanan dalam penyelidikan dan pembangunan masyarakat.

Katanya, dengan jalinan kerjasama masyarakat Orang Asli, universiti itu dapat membantu dalam menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan isu-isu komuniti, seperti peningkatan pertanian, sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Setelah kita menjalankan program pembangunan komuniti Orang Asli sejak 2015, walaupun tempoh masa yang agak lama, perubahan yang signifikan telah kita berjaya lihat pada hari ini.

“Dengan melakukan perkongsian pengetahuan dan kerjasama yang berterusan, kita boleh membantu perkampungan Orang Asli untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan lebih seimbang dengan alam semula jadi mereka,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya