UMT perkasa bidang STEM

UMT perkasa bidang STEM

ANTARA pelajar dari 60 buah sekolah angkat STEM Universiti Malaysia Terengganu yang turut serta program Machine Learning Additive Manufacturing (MaLAM) Bootcamp dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM UMT di Terengganu, baru-baru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik Universiti Malaysia Terengganu (PASTEM UMT) mengambil peluang merancakkan lagi program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi melalui penganjuran Machine Learning Additive Manufacturing Bootcamp (MaLAM), baru-baru ini.

Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr. Laili Che Rose berkata, MaLAM Bootcamp itu bagi mendedahkan para pelajar untuk lebih memahami dan menghayati kepentingan bidang STEM dalam aplikasi kehidupan harian.

“Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu bersama rakan strategik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berbangga kerana berjaya menganjurkan Program Malam Bootcamp ini yang melibatkan 300 peserta sekolah daripada  60 buah sekolah angkat STEM UMT, termasuk sebuah sekolah dari Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Objektif utama adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah dan pelajar universiti bagi lebih memahami, menghayati dan mengaplikasi sains, teknologi dan inovasi dalam aspek kehidupan seharian,” katanya dalam satui kenyataan.

Naib canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, penganjuran program itu disifatkan sebagai inisiatif yang perlu diteruskan bagi memperkasa bidang STEM.

“Saya percaya bahawa pembudayaan STEM tidak tertumpu pada pendidikan secara formal di dalam kelas atau bilik darjah semata. Namun, pembelajaran dan pembudayaan STEM ini perlu diperluas di luar bilik darjah melalui kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar-pakar STEM.

“Melalui kaedah ini, pembelajaran STEM dapat disampaikan secara interaktif dan langsung khususnya berkaitan aplikasi teknologi dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Tambahnya, usaha UMT dalam menganjurkan pelbagai program membabitkan kempen pemerkasaan bidang STEM adalah selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030.

Bersempena Minggu Sains Negara (MSN) 2023, MaLAM Bootcamp dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM UMT dengan kerjasama JPN Terengganu, JPN Kelantan, sekolah-sekolah angkat Pusat Asasi STEM UMT dan Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya